welcome Pictures, Images and Photos

~Kasih sayang~  

Wednesday, October 12, 2011



Satu hari di sekolah,seorang murid bertanya pd guru.. Guru tersebut mengajar mengenai kasih sayng.

pelajar:ckgu, mcm mana kte nak pilih seorang yg terbaik sebagai org yang plng kte syng?.mcmmana kasih sayang itu nak berkekalan.?

Cikgu:kamu ikut ape yang saye suruh. Kamu pergi ke padang.kamu berjalan atas rumput sambil memandang rmput didepan kamu. Pilih yang paling cntik tanpa menoleh kebelakang lg walau sekali. Dan petik rumput yang paling cantik sekali dan bawa ke kelas..

Bila murid tersebut pulang ke kelas, xde sehelai rumput pun ditangannya..cikgu bertanya, kenapa xda rumput yang dipilih?

Pelajar: td mse berjalan, sy carilah rmput yang paling cantik,memang adr banyak yang cntik, tp cikgu kate petik ynag plng cntik,maka sy pun terus berjalan ke depan smbil mencari yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang lg. Tp smpai hujung padang,sy x jmpa pn yang paling cantik.mngkin ada yang diantara belakang td rumput yang plng cntik,tp dah ckgu ckp xboleh menoleh kebelakang lg, jd xdelah rumput lg yg boleh sy petik,

Cikgu:itulah jawapannya.maknanya, bile kite telah berjumpa dgn seseorang yang kite syng..jgnlah kite mencari yang lebih baik..kite patut hargai org yang berada di depan mate kite sebaiknye.jgn kite menoleh kebelakang lg, krn yg berlaku tetap akan berlaku....dan orang yang paling kite sayang adalah orang yang paling baik dan cantik dimata kita dan tiada gantinya,,,

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Aku hanya menjadi diriku.....  

Monday, September 26, 2011

Tak seperti bintang di langit,
Tak seperti indah pelangi,
Kerna diriku bukanlah mereka,
Ku apa adanya..

Dan wajahku memang begini,
Sikap ku jelas x sempurna,
Ku akui ku bukanlah mereka,
Ku apa adanya...

Menjadi diriku,
Dengan segala kekurangan,
Menjadi diriku,
Atas kelebihanku....

Terimalah aku,
Seperti apa adanya,
Aku hanya insan biasa
Ku pun x sempurna,..

Inilah diriku..
Aku x sempurna...
Terimalah ku seadanya..
Kerna ku insan biasa...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Destinasi Cintaku  

Sunday, September 25, 2011


Assalamualaikum w.b.t

Dalam dingin pagi, hatiku berbisik menyelam rindu , merungkai cinta..
Dalam jernih embun, kalamku meluah kata, mengungkap rasa..
Dalam kabus fajar , akalku ligat memikirkan sesuatu..
Memikirkan Destinasi Cintaku..
Destinasi yang menjadi Matlamatku..
Adakah aku akan mampu tersenyum disana,
Atau rasa kerugiaan menyelubungi jiwa,
Lantaran menyesali masa yang sudah tiada..
Tika itu hanya kasih yang MAHA PENGASIH yang kudamba..

Hembusan angin dhuha buat ku rasa dibelai..
Dibelai dengan Kasih Sayang RAbbul izzati..
Tika ini DIA begitu mencurahkan kasihNya..
Selangkah Kita Mendekati.. Seribu Langkah DIA menghampiri..

Terimalah penghambaanku Tuhan..
Setitik Syukurku Selautan kurniaanMu..
LAntaran itu aku jadi malu..
Adakah aku sudah cukup menyatakan rasa cintaku padaMu..
Walhal Engkau tidak pernah membuatku rasa sepi..
Kerna kasih SayangMu sentiasa memayungi..
Buat hamba-hambaNYa yang cuba mendekati..

Aku bukanlah hambaMu yang terbaik..
Tetapi Aku berusaha untuk untuk menjadi baik..
kerna kutahu dosaku menggunung tinggi
Khilafku tak terkira olehku

Namun ku tahu
Betapa Pengasih dan PEngampunNya Engkau..
Pada hambaMu yang Mendamba KasihMu
Moga Dia Thabitkan dijalan ini,,

Jalan yang Lurus..
Jalan jalan yang DIA Redhai..
Dan Bukan Jalan jalan yang DIA sesatkan..
Sujudku pada KasihMu Tuhan..



AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Dhuha  

Tuesday, September 20, 2011


Assalamualaikum w.b.t.. Sedang ann bce article2 dr internet ni.. Ann terbaca 1 article yang agak menarik tentang Solat Dhuha.. Dulu masa di sekolah ann ingat lagi, kalau hari sabtu dan ahad, AJK surau yang bertugas akan buat pengumuman di blog puteri selepas habis gotong royong asrama dijalankan.. dengan lantangnya 'Speaker' mengeluarkan bunyi.." Assalamualaikum w.b.t.. kepada semua puteri2 sekalian.. insyAAllah selapas gotong royong akan diaadan solat sunat dhuha di surau dan kita akan sama2 membaca al-mathurat selepas itu.. pada sesiapa yang berkelapangan ,jom sama2 kita melaksanakn ibadah sunat ini.. Moga Redha Allah sentiasa bersama kita..sekian..' Actually annoucement ni nak ingatkan tentang waktu dhuha tu.. tapi sape2 yang nak buat sorang diri atau di dorm pun tiada masalah... At least siapa2 yang terbuka hati tu akan cepat2 bertindak untuk meraih peluang untuk beribadat..

Anda tahu tentang waktu dhuha?


Dalam al-Quran surah al-Dhuha, Allah s.w.t telah BERSUMPAH demi kehebatan waktu Dhuha.

Firman Allah s.w.t :
"Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka. " (Surah al-Dhuha : 1-5 )

ALLAH menunjukkan bahawa waktu Dhuha itu ada keistimewaannya , antara keistimewaannya adalah seperti yang telah di sebut oleh Allah s.w.t., waktu Dhuha adalah waktu Allah s.w.t mencurahkan kurniaan kepada hamba-Nya.

Apa kelebihan solat sunat Dhuha ini.

Mari kita perhatikan hadis di bawah : Rasullullah S.A.W. bersabda,

“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan”

Rasullullah S.A.W. bersabda lagi, maksudnya:

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan” (Riwayat Ibn Majah dan Tarmizi)


huhu betapa pemurahnya Allah kan.. setiap saat dan waktu, setiap ruang ada sahaja keistimewaan yang ditawarkan kepada hamba2Nya.. Rezeki yang ada pada diri ini tidak datang bergolek 100 peratus ats dasar usaha sendiri.. namun ia adalah kurniaan Khaliq semesta maya yang Maha bersifat Arrahman dan Ar Rahim.. Jadi sekiranya ada ruanag dan masa, ann mengingatkan diri sendiri dan sahabat2 yang ann kasihi untuk mencuba mengamalkan solat sunat Dhuha ini.. Mula 2 kalau rasa ada kekangan masa.. buat seminggu sekali pun ok jugak kan.. biar sedikit2.. tapi istiqamah.. Moga Allah melapangakan rezeki kita dan memberi keampunan ..

Ann suka jugak dengar nansyid Doa dhuha by UNIC dr radio IKIM.. setiap pkl 8.18 pg.. kalau ada mase, ann akan cuba dengar .. untuk memulakan hari mencari rezeki dengan doa Dhuha yang maksudnya penuh bermakna..
Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu Perlindungannya perlindungan-Mu... Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah Berkat waktu dhuha Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Monday, September 19, 2011



Assalamualaikum w.b.t....

Alhmdulillah.. masih diberi kesempatan menghirup udara di muka bumi Allah ini yang menjadi tempat persinggahanku seketika cuma.. Setelah hampir 2 tahun blog ini sunyi tanpa berita, x bermaksud hati ini sunyi tanpa kata... cuma mengambil ruang untuk MUHASABAH CINTA sendiri sebelum mengeluarkan kata yg x seberapa ini.. Ann bukannya ilmuan bijak pandai untuk berkata2.. hanya sekadar perkongsian dan peringatan buat diri sendiri yang sentiasa lalai dan Alpa..


Jadi, untuk permulaan bagi langkah baru ini.. Ann pilih lagu tema lain pulak.. Nasyid yang baitnya menyentuh perasaan..


Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Engkau satu cinta
Yang s'lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......

Oh Tuhan .... s'lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster