welcome Pictures, Images and Photos

Sabarlah Duhai Hati..  

Saturday, April 25, 2009

Hati ini..
Berlagu sendu..
hati ini..
Menangis Pilu..
Hati ini..
Merintih sesuatu..
Agar difahami dari setiap penjuru..
Mengharap ketenangan yang kian berlalu..
Lantaran dosa semalam,
menjadikan hati ini beku..
Lantaran pertengkaran semalam
menjadikan hati ini sayu,
Lantaran nostalgia itu..
membuatku terduduk kaku,
menangisi hati yang robek seribu..
Hati ini semakin keliru..
adakah tompokan hitam semakin banyak terpalit..
menyebabkan hati ni semakin sakit..
kerana kemahuannya tidak terkota..
disebabkan nista hatiku terluka..
Ya Allah..
Pemilik hati yang satu ini..
ku hanya meminjam hati ini drmu..
kutahu KAU berhak ke atsnya..
kutahu ENGKAU MAHA BERKEHENDAK
dr apa yang KAU ciptakan,,
berikan hati ini secebis kesabaran
agar aku tidak tumbang
kerna hati yang semakin walang..
Doaku agar xputus harapan..
ku nantikan suatu yang mahal yang KAU janjikan,
Janji kepada pemilik kesabaran,

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Teka teki Imam Ghazaly  

Friday, April 24, 2009




Sekadar buat renungan..

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = " Orang tua "

Murid 2 = " Guru

Murid 3 = " Teman "

Murid 4 = " Kaum kerabat


Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah *MATI*.
Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pastiakan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Negeri Cina "

Murid 2 = " Bulan "

Murid 3 = " Matahari "

Murid 4 = " Bintang-bintang


"Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah *MASA LALU*.
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapatkembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hariesok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai denganajaran Agama".


Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "

Murid 2 = " Matahari "

Murid 3 = " Bumi "


Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah *HAWA NAFSU* (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.


"IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "

Murid 1 = " Baja "

Murid 2 = " Besi "

Murid 3 = " Gajah "


Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah *MEMEGANG AMANAH*(Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifahpemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."


Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini m Ghazali =

Murid 1 = " Kapas"

Murid 2 = " Angin "

Murid 3 = " Debu "

Murid 4 = " Daun-daun"


Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah *MENINGGALKAN SOLAT*.


Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "


Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah*LIDAH MANUSIA*.Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


tangisan..  

Wednesday, April 22, 2009








PERNAHKAH anda menangis? Jika menangis, apakah punca dan sebabnya? Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.

Firman Allah AWT, “…dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (Surah An Najm, ayat 43)

Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan. Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.



10 jenis tangisan menurut Ibnu Qayyim al-Jawziyyah

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.

2. Menangis kerana rasa takut.

3. Menangis kerana cinta.

4. Menangis kerana gembira.

5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.

6. Menangis kerana terlalu sedih.

7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.

8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

10. Menangis orang munafik iaitu pura-pura menangis.


Tangis tercela atau terpuji?Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah SWT, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi atau menangis sehingga meratap mayat dengan meraung, memukul-mukul dada dan badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.


Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang lalu atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah SWT.Tangisan dapat memadamkan api NerakaAda jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis yang bermaksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata.Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”


Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.


Air mata taubat Nabi Adam a.s.

Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!”


Air mata yang tidak dituntut

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah tentukannya?
Janganlah menangis kerana menonton filem, itukan cuma lakonan saja.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam seleksi pekerjaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah dan beramal.
Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Allah SWT.



Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)



Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas. Sifat taqwa merupakan benteng yang menjadikan seseorang itu merasa dekat dengan tuhannya tanpa mengira situasi apapun ia berada sama ada di dalam kelopok orang ramai atau bersendirian. Setiap perlakuannya dipersembahkan kerana Allah.



Tanda-tanda keikhlasan iman kepada Allah itu banyak. Di antaranya ialah seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukannya dan menangis kerana takutkan siksaan Allah. Dan seseorang itu akan berani dalam berjihad menegakkan agama Allah hingga sanggup menghadapi kecedaraan malah menempuh syahid kerana Allah dan seseorang itu akan sabar dan tekun (khusyuk) dalam menjalankan ketaatan kepada Allah hingga terdapat kesan-kesan lebam di dahi dan anggota badannya. Semua ini merupakan ciri-ciri orang yang benar-benar beriman di mana ganjaran daripada perbuatan tersebut amat besar pahalanya di sisi Allah SWT dan diberi ganjaran di hari akhirat kelak.



Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:

1. Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan para sahabat.

2. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

3. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka




Air mata tanda rahmat


Sebagaimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud, jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu :

1. Apabila dahinya berpeluh.

2. Airmatanya berlinang.

3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.


Kerana hal-hal tersebut menandakan rahmat Allah SWT untuk si mayat.



Dari Abu Hurariah r.a., dari Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Ada tujuh golongan yang mendapat naungan dari Allah SWT pada hari kiamat kelak, di mana tidak ada sama sekali naungan pada hari itu melainkan naungan dari Allah SWT;

1. Imam (raja atau penguasa) yang adil,

2. Pemuda yang menjadi dewasa dalam beribadat kepada Allah,

3. Orang yang hatinya tergantung di masjid,

4. Dua orang yang saling mencintai satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Seorang laki-laki yang dirayu oleh seorang wanita bangsawan yang cantik untuk berbuat mesum, lalu dia menolak dengan kata, 'Aku takut kepada Allah.'

6. Orang yang bersedekah dengan diam-diam, sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang disedekahkan tangan kirinya.

7. Orang yang mengalir air matanya ketika berzikir, mengingat dan menyebut nama Allah dalam keadaan bersunyi diri kerna mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah SWT."



(Shahih Muslim, diriwayatkan juga oleh Abu Daud dan Ibnu Majah)Sucikanlah empat hal dengan empat perkara :

1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan

4. dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu.


Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah SWT.Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Selamat Hari Lahir ISma..  

Tuesday, April 21, 2009

Nurul isma Rusly
Adik yang selalu diingati
Wajah mu sering tenang penuh berseri
Tingkahmu sopan menundukkan hati
Bicaramu berhemah tanda ketulusan pekerti
Sifatmu penyayang bagai ibu mithali
Buku menjadi temanmu di kala sunyi
Sayang..
Dirimu umpama mawar berduri
Dipagari oleh iman dan taqwa di hati
ku Doakan agar dikau Dirahmati Ilahi
Kekalkan kesolehan mu adikku
Mge bertambah usiamu
Menjadikan dikau lebih matang
menongkah arus duniawi
Tidak tenggelam dengan Gelora dihati..
Selamat Hari lahir sayang..
dari kakakmu yang penuh kerinduan disini

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Rintihan Hati  

Melihat air nan hijau

Terpesona ku dgn ciptaan Tuhan

Melihat bukit yang tersergam

Terpana ku dengan Keagungan Tuhan

Melihat pokok yang tumbuh melangit

Tersujud ku menyedari Kekuasaan Tuhan

Menghidu udara yang nyaman

Tersedarku dari lamunan

Dunia ini hanya pinjaman

Alam Maya bukan sembahan

Namun bukti Kekayaan Tuhan

Adakah aku hamba yang bersyukur

Dianugerahkan nikmat ISLAM dan IMAN

Atau aku masih lemas dalam lembah KEHINAAN

Bertuhankan nafsu bersahabatkan syaitan

Atau aku masih kepapaan

Miskin Ilmu Miskin Perasaan

Padahal aku telah dikurnikan segumpal darah

Bernama HATI

Raja setiap tindakan

Adakah ia slalu dibersihkan

Atau dibiar seperti besi berkarat..

YA ALLAH..

Beriku Kekuatan

Untuk merentasi jalan

Kurniakan aku pedoman

Agar ku tidak Terpesong Jalan...

MUHASABAH CINTAKU

pada Mu TUHAN..

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


kak ita..senyum...kuat2...k.ita bleh..chayaok!!!  

Monday, April 20, 2009


kak ita..senyum...kuat2...k.ita bleh..chayaok!!!


inilah laungan yang adk2 laungkan bile ann hampir2 putus semangat dan collapse mase panjat bukit kat pulau pangkor... memang xlarat.. ann rase hypo sngt... mate dah berbalam2.. kaki dah rase soreness.. rase nak muntah pun ade.. ann btl2 patah semangt.. ann. abg wan, ngan cik adha, kat belakang skali..depa sabar tunggu ann, abg wan x jemu2 bg semangt.. ann rase nak nagis,mdlm hati mcm2 perasaan ade.., adk2 dah jauh kedepan.. diorang naek ngan penuh semangt.. malu ann rase,,,huhu...

at last.. bile ann x larat sangt.. ann jatuh terduduk.. ann kate kat abg wan.. ann dah xlarat sngt2.. ann nak turun balik....nak turun.......


tetibe... ann dengar suare dari atas... k.ita!!!!! k.ita bleh!!! jangan mengalah... sket je lagi... k.ita kuatkan semangt... kami nak k.ita same2 ngan kami2....huhu... adk2 menjerit sekuat2nye dlm hutan., meremang bulu roma dgr diorg jerit gitu... dengan secara spontan... ann terus bangun,,, ann xsedar kaki ann melangkah.. ann berlari lari anak naek bukit... sorakan semangt tu..seolah macam tarikan magnet untuk ann..... degn izin Allah... ann kuatkan semangat.. ann dpt smpai pade adk2...huhu.. sedih..terharu.. diorang plak yang jage ann.. adik2 plak jage kak faci... huhu...


ann dapat rasekan,, hikmah ann naek bukit tu.. even mle2 ann xnak g.. sebab ann memang xsht time tu.. ann sedar skrng.. kte xleh hdup sorg2... hdup dlam jemaah.. yang sebenarnya bagi kekuatan.. tatkala kite hampir jatuh dan putus asa... doa dan semangt dr sahabat2 amat diperlukan... benarlah intipati ayat Al-quran dalam sura As-saf tentang hdup dalam jemaah...


Ya Allah... kurniakn daku agar dikelilingi shbt yang baik dan solehah..yang membantu ku meniti arus dunia yang sekejap iini..amin...


p/s :- mge adk2 ku di kolej komunity pasir salak dpt meneruskan perubahan yang baik.. mge diri kalian dlm rahmat Allah selalu...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Sahabatku Bakal jadi IBU......  

Tuesday, April 14, 2009


Alhamdullillah...semalam genap sebulan sahabat kesayanganku ini bergelar seorang isteri.. masih tergambar senyum ceria ketika suaminya berjaya melafazkan akad tanda sahnya sebuah ikatan yang mulia ini.. ann pulak sebak time tu..yelah.. terpakse berkongsi kasih..huhu.. ape2 pn.. setiap detik ketika itu ann panjatkan doa agar ikatan yang dituntut syarak ini..berkekalan dalam rahmat dan kasih syang DIA.. mge sebuah lagi baitul muslim yang akan terbina demi melahirkan hamba2 Allah yang beriman dan berjuang kejalannya..
Sofia ku sayang... jadi isteri solehah tau... dikau adlah sayap kiri pada suamimu....syarat menjadi penghuni syurga sudah dekat dengan mu... kan seorang Hamba Allah yang taat dan menjadi isteri yang baik..boleh memilih mane2 pintu syurga yang dikau kehendaki..bertuahnya dirimu sofia.. atas peluang yang Allah tawarkan ini....kuatkan semangat juga untuk terus menuntut ilmu yang tinggal lagi setahun tu...
Kelmarin.. satu berita yang sangat mengembirakan hati ann yang ann terima.... sofia bakal bergelar seorang IBU.....huhu... murah sungguh rezeky mu adk PIA syng.... mesti tika ini..hatimu penuh memanjatkan kesyukuran...doa mu termakbul sayang... mge dikau terus kuat... walaupun suamimu tiada disisi.. kerna mencari rezeki..nun jauh.. namun..dikau harus terus kuat untuk memelihara zuriatmu yang sangat suci itu,,, Ni de ann selitkan some article yang ann dpt.. mge sofia and ibu2 yang sedang mengandung..dpt amalkan ye..
Amalan-amalan ketika mengandung
-Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan
-Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam
-Membaca ayat-ayat Al-Quran
-Surah-surah amalan ketika mengandung
-Al-Fatihah dan ayat Kursi
-Seluruh surah Yassin
-Seluruh surah At-Taubah
-Seluruh surah Yusuf
-Seluruh surah Luqman
-Seluruh surah Maryam

Surah An-Nahl ayat 78
وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.'
Surah Al-A'raf ayat 189
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلاً خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا اللّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحاً لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِين
"Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur"


Membaca doa
Doa mohon rahmat - Surah Ali-Imran ayat 8-9

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ
"Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya".

Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
"Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan."

Doa mohon ampun - Surah Ali-Imran ayat 192-194
رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
"Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. "

Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri Adab isteri terhadap suami ketika mengandung :
-Mengasihi dan menyayangi suami
-Menjaga perkataan terhadap suami
-Tidak terlalu cerewet
-Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami
-Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga
-Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka
Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.
Adab suami terhadap isteri
-Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri
-Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar
-Selesaikan selisih faham
-Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
-Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat
WALLAHUALAM...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Pantun mengusik jiwa..  

Monday, April 13, 2009


PANTUN MENGUSIK JIWA


SEKADAR NAK Berkongsi Pantun Mari Sembahyang yang manja ...........

Ni email yang diforwardkan oleh akhawat by email..=)


Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...



Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....


Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?


Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!
p/s: renungan bersama.. masa selalu dipersalahkan kebiasaannya bile sesuatu kesalahan dilakukan.. contohnya... jike xsempat solat.. alasan yg biase kite dengar..." ala.. gua xde mase tadi..ramai customer la td.."..ataupun kite dengar... "aku bukan xmau solat... mase singkat tadi time break.. aku tido la kejap..penat la beb...tngk2 dah pukul 2..xsempat la aku nak solat..kang masuk kelas kul 2 lambat.. nanti lecturer bebel la..huhuhu...".. itu antara alasan yang penah ann dengar... ann rase.. org2 yang ske memberi alasan gni.. diorang TERLUPA sebenarnya,, punca rezeki dan ilmu itu.. datang dari DIA..DIA yang punye.. kalu la kite xbuat baik pada PEMILIK asalnya itu.. mcamnye barakah rezeki dan ilmu tu nak dpt ek.. mungkin ade yang cakap... aku xsolat pn.. aku tetap kaye... tetap pandai walaupun aku xsolat.. xpose....ish..ish.. cian depa...memang la untung skali... tapi SANGAT2... RUGI....RUGI...RUGI...sesungguhnya... kematian itu sesingkat antara azan dan iqamah.. kirenye kite dapat cari bekal untuk ke negeri ABADI tu xckup.... lagi RUGI la kite kat sane...huhu
sesungguhnya.. amalan yang akan diperhitungkan yang paling utama skali adalah SOLAT..
WALLAHUALAM...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Ibuku sayang..  

Saturday, April 11, 2009




salam sayang buat ibu yang amat kusayangi.. ibu.. betapa aku merindui mu tiap detik nafasku.. namun xdapat kutandingi kehangatan dan kehebatan kasih sayangmu...

Hari ni berbekas sungguh dihati ann.. tentang kesungguhan hati seorang ibu..tentang kepuasan seorg ibu untuk memenuhi hajat anak-anaknya.. Actually ann balik kampung minggu ni sebab ann nak minta restu ibu ayah sebelum ann nak start exam 24 hb ni.. kebetulan.. mase ann g Lumut hari tu.. ann beli la sotong kering.. ngan kuah rojak mak be, yang ann ngan ibu ske sngt.. SEDAP!!ann dah terbayangkan dah nak makan kuah rojak tu ngan buah mangge..huhu..favourite ann tu..

Semalam ann sampai..ann tanyelah kat ibu.. de x kat umah sape2 yang de pokok mangge.. ann teringin sangat nak makan..kalu xde xpelah.. ibu kate xtau.. tapi.. mngkin kat umah pakngah kat LBJ ade... jauh pulak nk g sane... xpelah.. ann diam..malas nak susahkan ibu.. sebab ibu penat.. dah due hari org tempah nasi ayam.. ibu buat sorg tu.. mantapnye ibu ann...huhuhuh
dalam hati ann nekad, esok ann nak g pekan nilai cr mangge..

tengahari tu ann buzy kat dapur.. ann masak sorg2 hari ni...huhu..pelik2..mane la ibu ni g.. tetibe hilang..dengan adik2 skali xde...dalam hati sedih.. kate2..smpai hati ibu xtlng along masak...huuhu.dalam kul 4.30.. ibu balik..yg buat ann trkejut..de dalam 1 plastik tu 3 BIJI MANGGE!!!!!!!!.. huhuhu.. rpe ibu g usaha cari mangge kat jiran2.. tngk diorg jgk xde.. ibu g pekan..blikan mangge... ann jadi sebak sangat2.. dalam keadaan letih pun.. ibu sanggup g cari mangge untuk ann.. ibu cakap.. kalu xdpt mangge.. takut ann berharap n kempunan plak,,huhu.. padahal,,mase ibu xde tadi.. pnyelah ann anggap mcm2 kat ibu..huhu.. ibu.. maafkan along..

betulla.. kenapa Rasulullah suruh kite hormati ibu lebih.. 3 kali baginda ulang,, berbanding ayah, yang hanya sekali.. memang sungguh.. kasih sayang ibu tidak bertepi.. semenjak kite disenyawakn hingga kini.. tiada keluhan kedengaran,, cume bait2 doa untuk anak2 yang x pernah putus yang ibu panjatkan.. tawa riang ibu, ibu kongsikan bersama kami..namun..airmata ibu.. ibu pendam sendiri...agar anak2 xsusah hati... owh ibu kusayang betapa mulianya hati mu.. bebananmu kau pikul sendiri.. untuk suami dan anak-anak yang disayangi..

Ya Allah.. kurniakanlah darjat tetinggi untuk ibuku.. ampunila ibu ku.. rahmatilah ibuku dlam rahmat kasih sayang mu... ALONG SAYANG IBU!!!!!

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Sweet frenz Bilik A A-14-4  

Sunday, April 5, 2009




Ketika diri mencari sinar

Secebis cahaya menerangi laluan

Ada kalanya langkahku tersasar

Tersungkur di lembah kegelapan


Bagaikan terdengar bisikan rindu

Mengalun kalimah menyapa keinsafan

Kehadiranmu menyentuh kalbu

Menyalakan obor pengharapan


Tika ku kealpaan Kau bisikkan bicara keinsafan

Kau beri kekuatan, tika aku Diuji dengan dugaan?

Saat ku kehilangan keyakinan

Kau nyalakan harapan

Saat ku meragukan keampunan Tuhan

Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala


Menitis airmataku keharuan

Kepada sebuah pertemuan

Kehadiranmu mendamaikan

Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran

Kau gilap cahaya kebahagiaan

Tulus keikhlasan menjadi ikatan

Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan


Titisan air mata menyubur cinta Dan rindu pun berbunga

Mekar tidak pernah layu

Damainya hati Yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar diuji dugaan

Mengharum dalam harapan

Moga kan kesampaian kepada Tuhan

Lantaran diri hamba kerdil dan hina


Syukur sungguh di hati ini

Dikurniakan teman sejati

Menunjuk jalan dekati-Nya

Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai

Kejujuran yang kau beri

Mengajarku mengenal erti

Cinta hakiki yang abadi


Tiada yang menjadi impian

Selain rahmat kasih-Mu Tuhan

Yang terbias pada ketulusan

Sekeping hati seorang insan

Bernama teman

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


RENUNGAN  



FIKIR-FIKIRKANLAH,BERFIKIR SAMBIL BERSELAWAT, BERISTIGHFAR DAN BERZIKIR.




Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...


Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...


Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..


Siapakah org yg KEDEKUT?

Orang yg kedekut ialah mereka yang tidak mahu berselawat kepada Nabi Muhammad SAW apabila nama baginda disebut.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


SETIAP KALI  

Thursday, April 2, 2009



Setiap kali mendapat nikmatJarang kusedari itu pemberian-MuTerkadang rasa itu keranaSegala usaha dan penat lelahku sahaja
Setiap kali ditimpa musibah

Kumengeluh risau bertambah gelisah

Hingga terlupa pada-Mu AllahT

empat kembali segala masalah

Oh Tuhan Yang Maha Penyayang

Leraikanlah aku dari keluh kesah

Yang membelenggu jiwa dan fikiran

Ditambah dengan hasutan syaitan


Kurniakanlah kepadaku ketabahan

Singkapkanku hikmah segala ketentuan

Moga sinar-Mu berikanku pedoman

Hanya pada-Mu segala ketetapan


Oh tuhan yang maha penyayang

Leraikanlah aku dari keluh kesah

Yang membelenggu jiwa dan fikiran

Ditambah dengan hasutan syaitanDurjana

yang sentiasa mengarahku

Kepada kemurkaanmu

Kurniakanlah kepadaku ketabahan

Tunjukkan ku hikmah segala ketentuan

Moga sinar-Mu berikanku pedoman

Hanya pada-Mu segala ketetapan

Ya Allah kau redhailah diri ini

Seandainya diri ini

Mampu meraih cinta keredhaan-Mu

Seandainya akulah insan yang terpilih

Pimpini hidupku

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster