welcome Pictures, Images and Photos

Dhuha  

Tuesday, September 20, 2011


Assalamualaikum w.b.t.. Sedang ann bce article2 dr internet ni.. Ann terbaca 1 article yang agak menarik tentang Solat Dhuha.. Dulu masa di sekolah ann ingat lagi, kalau hari sabtu dan ahad, AJK surau yang bertugas akan buat pengumuman di blog puteri selepas habis gotong royong asrama dijalankan.. dengan lantangnya 'Speaker' mengeluarkan bunyi.." Assalamualaikum w.b.t.. kepada semua puteri2 sekalian.. insyAAllah selapas gotong royong akan diaadan solat sunat dhuha di surau dan kita akan sama2 membaca al-mathurat selepas itu.. pada sesiapa yang berkelapangan ,jom sama2 kita melaksanakn ibadah sunat ini.. Moga Redha Allah sentiasa bersama kita..sekian..' Actually annoucement ni nak ingatkan tentang waktu dhuha tu.. tapi sape2 yang nak buat sorang diri atau di dorm pun tiada masalah... At least siapa2 yang terbuka hati tu akan cepat2 bertindak untuk meraih peluang untuk beribadat..

Anda tahu tentang waktu dhuha?


Dalam al-Quran surah al-Dhuha, Allah s.w.t telah BERSUMPAH demi kehebatan waktu Dhuha.

Firman Allah s.w.t :
"Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka. " (Surah al-Dhuha : 1-5 )

ALLAH menunjukkan bahawa waktu Dhuha itu ada keistimewaannya , antara keistimewaannya adalah seperti yang telah di sebut oleh Allah s.w.t., waktu Dhuha adalah waktu Allah s.w.t mencurahkan kurniaan kepada hamba-Nya.

Apa kelebihan solat sunat Dhuha ini.

Mari kita perhatikan hadis di bawah : Rasullullah S.A.W. bersabda,

“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan”

Rasullullah S.A.W. bersabda lagi, maksudnya:

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan” (Riwayat Ibn Majah dan Tarmizi)


huhu betapa pemurahnya Allah kan.. setiap saat dan waktu, setiap ruang ada sahaja keistimewaan yang ditawarkan kepada hamba2Nya.. Rezeki yang ada pada diri ini tidak datang bergolek 100 peratus ats dasar usaha sendiri.. namun ia adalah kurniaan Khaliq semesta maya yang Maha bersifat Arrahman dan Ar Rahim.. Jadi sekiranya ada ruanag dan masa, ann mengingatkan diri sendiri dan sahabat2 yang ann kasihi untuk mencuba mengamalkan solat sunat Dhuha ini.. Mula 2 kalau rasa ada kekangan masa.. buat seminggu sekali pun ok jugak kan.. biar sedikit2.. tapi istiqamah.. Moga Allah melapangakan rezeki kita dan memberi keampunan ..

Ann suka jugak dengar nansyid Doa dhuha by UNIC dr radio IKIM.. setiap pkl 8.18 pg.. kalau ada mase, ann akan cuba dengar .. untuk memulakan hari mencari rezeki dengan doa Dhuha yang maksudnya penuh bermakna..
Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu Perlindungannya perlindungan-Mu... Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah Berkat waktu dhuha Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


0 comments: to “ Dhuha

 

Design by Amanda @ Blogger Buster