welcome Pictures, Images and Photos

Destinasi Cintaku  

Sunday, September 25, 2011


Assalamualaikum w.b.t

Dalam dingin pagi, hatiku berbisik menyelam rindu , merungkai cinta..
Dalam jernih embun, kalamku meluah kata, mengungkap rasa..
Dalam kabus fajar , akalku ligat memikirkan sesuatu..
Memikirkan Destinasi Cintaku..
Destinasi yang menjadi Matlamatku..
Adakah aku akan mampu tersenyum disana,
Atau rasa kerugiaan menyelubungi jiwa,
Lantaran menyesali masa yang sudah tiada..
Tika itu hanya kasih yang MAHA PENGASIH yang kudamba..

Hembusan angin dhuha buat ku rasa dibelai..
Dibelai dengan Kasih Sayang RAbbul izzati..
Tika ini DIA begitu mencurahkan kasihNya..
Selangkah Kita Mendekati.. Seribu Langkah DIA menghampiri..

Terimalah penghambaanku Tuhan..
Setitik Syukurku Selautan kurniaanMu..
LAntaran itu aku jadi malu..
Adakah aku sudah cukup menyatakan rasa cintaku padaMu..
Walhal Engkau tidak pernah membuatku rasa sepi..
Kerna kasih SayangMu sentiasa memayungi..
Buat hamba-hambaNYa yang cuba mendekati..

Aku bukanlah hambaMu yang terbaik..
Tetapi Aku berusaha untuk untuk menjadi baik..
kerna kutahu dosaku menggunung tinggi
Khilafku tak terkira olehku

Namun ku tahu
Betapa Pengasih dan PEngampunNya Engkau..
Pada hambaMu yang Mendamba KasihMu
Moga Dia Thabitkan dijalan ini,,

Jalan yang Lurus..
Jalan jalan yang DIA Redhai..
Dan Bukan Jalan jalan yang DIA sesatkan..
Sujudku pada KasihMu Tuhan..



AddThis Social Bookmark Button

Email this post


0 comments: to “ Destinasi Cintaku

 

Design by Amanda @ Blogger Buster